Restoran Kami

Al Amin Food Corner (AFC) adalah sebuah restoran yang popular dengan menu Nasi Arab (Mandy) Ayam & Kambingnya mengikut cita rasa Orang Malaysia.

Lokasinya ialah di bangunan yang terletak antara Shell Greenwood dengan Masjid Ar Rahimah. (Belakang premis DIN BUNDLE / AL AZHAR DESIGN atau bersebelahan Syarikat ANA EDAR SDN BHD).

Keistimewaan Nasi Arab di AFC ialah ianya tidak mual, tidak juga jemu dan tidak muak. Manakala harganya pula amat berpatutan.

Selain daripada itu, AFC juga terkenal dengan Nasi Ayam Salai, Nasi Lemak Ayam Salai dan Nasi Kerabu Ayam Salai.

Jadi … di AFC anda mempunyai pilihan samada inginkan menu Arab ataupun menu Melayu. Kini … AFC telah mula dikunjungi oleh pelbagai bangsa samada Orang Melayu, Cina, India termasuklah Orang-orang Arab.

Silalah berkunjung ke restoran AFC hari ini juga …!!!

24 Responses to “Restoran Kami”

  1. M Khalid February 12, 2011 at 9:59 pm #

    Saya bersetuju dengan komen pelanggan yang lain. Tempat yang bersih dan selesa. Letak kereta yang senang dan yang penting sekali makanannya sedap dan harga yang berpatutan.

    Akan kembali lagi untuk mencuba menu yang lain. Khalid- Bandar Damai Perdana.

  2. zubira April 27, 2011 at 7:13 am #

    tolong bagi alamat nak cari dlm google map

  3. Hjh. Hamimah Abd. Jalil December 4, 2011 at 10:44 am #

    Salam. Bila kah(tarikh) Kursus Nasi Arab di adakan dalam masa terdekat ini dan dimanakan kursus ini d adakan dan berapa harga utk menghadiri kursus ini. Saya peminat Nasi Arab dari Melaka.

  4. dzamrir January 9, 2012 at 4:29 pm #

    Assalam … cadangan saya supaya dapat di buka cawangan lain terutama di bangi kerana di situ terdapat ramai orang arab yang menyambung pelajaran di ipta2 dan ipts2 disekitar bangi …. juga kawasan penduduk yang ramai diwakili oleh orang melayu…

  5. raja sharifah February 18, 2012 at 9:42 am #

    utk tahun 2012 ni bila pula kursus nasi arab akan diadakan?

  6. MAT AGIL March 7, 2012 at 11:01 pm #

    Assalam mu’aliakum.wbt.

    Sekadar bertanya Bila nak adakan kursus masak nasi mandy arab? Berapa kadar bayaran untuk satu (1) sesi.
    Harap dapat jawapan segera. Tq

  7. Sulieman Bin Hj.Abdullah March 16, 2012 at 12:22 pm #

    Assalamualaikum,

    Saya amat minat membaca komen dari semua pelanggan dan pastinya mereka amat teruja dengan makanan di AFC, saya lihat sja gambar dah terliur …saya nak cadangkan agar restoran seperti ini dibuka di NUSAJAYA JOHOR..kerana makanan seperti ini tiada di sini. kalau AFC berminat untuk buka cawangan di NUSAJA…bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan tempat yang sesuai….

  8. Samseng April 1, 2012 at 7:17 pm #

    Makanan bagus, berkhasiat dan lazat….. Cuba segera

  9. musraihanie April 30, 2012 at 9:44 pm #

    Saya dah mkn nasi arab kat sini dgn suami, best sgt. Suami saya mkn nasi kerabu pun sdap katanya. Ruz laban dia pun sdap gak, x puas mkn, siap cari resipi dlm internet lg buat sndiri kat rumah. Tapi x ssedap yg mkn kat situ. so, blh lah ajak En. Suami gi pulak..

  10. hafiz May 5, 2012 at 8:24 am #

    Asalammualaikum..sa hafiz from sabah..wah teringin mo makan nasi arab…dah lama xmkn sejak 2005 pergi umrah dulu..insyaAllah balik kampong nanti sa n family singgah…minta tolong bagi GPS koordinat TIMa KASIH

  11. zuLiss June 10, 2012 at 8:13 pm #

    Assalamualaikum… pernah cuba sekali dulu selepas solat jumaat di Masjid ar-Rahimah… sangat lazat dan sedap… akan datang lagi… cuma minta admin potong sayuran untuk dibuat salatoh dgn kiub lebih kecil lagi… kesian anak2 mulut kecil tak muat… tq

  12. Ben Taat Hj Alias June 22, 2012 at 6:32 am #

    Saya datang Dari Hanoi hanya untok mencuba makan diRestoran tuan. AFC.

  13. Mizar July 29, 2012 at 10:01 am #

    Assalamualaikum….sy br je pindah ke kota tinggi thun ni….bila smpai bulan ramadhan ni, selera tu tringatkan AFC (sblum tggal di Tmn Melati). Bole order rempah tak.

  14. admin July 30, 2012 at 2:34 pm #

    Salam, terima kasih di atas minat saudara kepada AFC, kami memang ada sediakan kursus nasi arab gaya pos, hubungi 019-3211 911 utk maklumat lanjut. Terima kasih

  15. Basyirah August 6, 2012 at 11:34 am #

    Salam. Terima kasih AFC. Suami saya terus jatuh hati dengan hidangan nasi mandy kambing setelah mencuba kali pertama! Portion yang berpatutan. dan mmg lazat!

  16. mustofa salim September 13, 2012 at 3:47 pm #

    Kami sekeluarga dari Klang berkunjung ke AFC minggu lepas. Makanan di sini memang enak, unik dan menyelerakan. Sudah tentu kami akan berkunjung lagi……………

  17. abdullahismail December 10, 2012 at 12:35 pm #

    Ruang dalam restoran yang luas, selesa, makanan yang sedap, order cepat dapat, harga patut. Sesuai untuk bawa makan sekeluarga & sedara-mara. Cuma pandangan dari luar restoran nampak agak kecil walaupun sebenarnya restoran ini memgambil 2 ruang premis niaga yang besar. Saya cadangkan pihak pengurusan buat sedikit pengubahsuaian terhadap penampilan restoran dari sudut pandangan luar agar ia lebih menyerlah. Lain-lain ‘excellent’…

  18. admin December 10, 2012 at 10:42 pm #

    Terima kasih di atas cadangan membina dari pihak tuan, insyaallah kami akan mempertimbangkannya.

  19. ameq January 24, 2013 at 5:37 pm #

    kenapa tak buat FACEBOOK .. boleh sebarkan kat member-member…

  20. Norhaninah June 6, 2013 at 11:24 am #

    Ada buat Delivery tak, kalau ada mesti banyak sambutan.

  21. Ummu_Iman September 10, 2013 at 11:54 am #

    Salam.. Kami pernah menempah Set C 2 set, yg harganya hampir RM120++ selepas membuat penambahan 2 nasi. Namun demikian kami agak kecewa dengan kuantiti kambing dan ayam yg dibekalkan, ianya sedikit menyedihkan kerana tetamu yg bakal hadir utk dijamu sekitar 8 orang padahal kuantiti ayam dan kambing yg hanta 3-4 ketul itu mungkin utk 4 orang saja.. Jadi oleh demikian suami saya telah kembali semula ke AFC dan menjelaskan hal ini.. Alhamdulillah, pelayan restoren tersebut bermurah hati utk menambahkan kuantiti kambing dan ayam tadi, mereka mengakui kesilapan di pihak mereka yang meletakkan 3/4 ketul kambing saja.

    Saya harap kesilapan ini tidak diulang kembali. Tidak dinafikan masakan nasi arab AFC mmg sedap dan lazat. Oleh kerana itu kami sanggup membayar lebih bagi menjamu tetamu yg hadir utk menikmati kelazatan nasi arab AFC.

  22. admin September 17, 2013 at 11:21 am #

    Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan dan teguran dari pihak Puan. Bagi pihak pengurusan, kami memohon maaf di atas perkara tersebut. Kami akan pastikan perkara-perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.

  23. anum November 27, 2013 at 2:47 pm #

    Memang sedap…. nanti gi lagi

  24. Juaz November 11, 2015 at 11:46 pm #

    Alhamdulillah syukur, nasi arab AFC Greenwood memang terbaik setakat ni (ikut selera kami sekeluarga laa). Pernah beberapa kali cuba nasi arab yang lain (nama restoran dirahsiakan) sehingga ke negeri 9 tapi nasi arab AFC memang sangat sedap dan harga sangat berpatutan. Jazakallahu khairan.

Leave a Reply